Get your own chat on spinchat.com!

Saturday, October 18, 2008

Salam Ukhwah

Zaman beredar.. Berubah dari semasa ke semasa menyaksikan pelbagai perubahan yang sedikit mahupun drastik... mengajar kita sedikit demi sedikit tentang peningkatan hidup mahupun pembaharuan teknologi... Semenjak dari zaman kertas sehingga zaman e-mail... Banyak penemuan baru ditemui... terutamanya bidang teknologi...

Pengenalan


Cakera padat (bahasa Inggeris: compact disc atau CD) adalah cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada asalnya dibangunkan bagi menyimpan bunyi digital.

CD yang dijual di pasaran pada lewat tahun 1982 masih merupakan media fizikal yang piawai untuk perakaman audio komersil sehingga kini.

CD piawai mempunyai diameter sebanyak 120 mm dan boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 80 minit (bergantung kepada apa yang dirakamkan).

Terdapat juga cakera 80 mm yang kekadang digunakan untuk CD single yang boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 20 minit.

Teknologi cakera padat kemudian diubah suai untuk dijadikan peranti storan data yang dikenali sebagai CD-ROM, dan merangkumi CD-R dan CD-RW.

CD-ROM dan CD-R masih merupakan teknologi yang digunakan secara meluas dalam industri komputer peribadi pada hari ini.

Jualan tahunan CD-Audio, CD-ROM, dan CD-R di seluruh dunia mencapai sekitar 30 bilion keping cakera. Bayangkan!

Perincian Fizikal




Diperbuat daripada plastik polikarbonat setebal 1.2 mm yang telah dilapisi dengan lapisan aluminium amat tulen yang sangat nipis (ada juga menggunakan emas tapi amat jarang, untuk ketahanan data, cth : edisi terhad CD audiophile)

Dilindung oleh lapisan lacquer (laker). Lacquer boleh dicetak dengan label.

Kaedah cetakan biasa bagi cakera adalah skrinsutera dan cetakan offset.

Terdapat 3 saiz CD:

120 mm diameter, dengan keupayaan audio 74-minit dan bersaiz 650-MB, keratan rentas : 5 inci.


80 mm (format digunakan bagi CD bunyi tunggal bagi beberapa kawasan, cth : Jepun), sama bentuk seperti piring hitam lama, mampu menyimpan 21 minit, bersaiz 180 MB, keratan rentas 3 inci.


Bentuk unik yang lain, lebih kecil atau apa jua. Cth : CD kad business, CD berbentuk peta negara.


Terdapat lubang sebesar 15 mm di tengah-tengah cakera, digunakan oleh pengapit atau pemegang cakera yang terdapat di dalam pemain cakera untuk memegang cakera ditempatnya dan membolehkan cakera tersebut diputar oleh motor.

Lubang tersebut bersaiz seperti 10 sen duit Belanda (unikkan? Sebab jurutera Phillip menentukan saiz lubang tersebut berdasarkan saiz duit syilling tu)

Maklumat pada CD piwaian dikod sebagai landasan berlubang - (pit) berpilin yang diacu pada lapisan polikarbon (polycarbonate). Kawasan antara lubang dikenali sebagai "darat"

Setiap lubang sedalam sekitar 125 nm dengan keluasan 500 nm
Ruang antara landasan adalah seluas 1.6 μm.

Pilin bermula dari pusat cakera dan bergerak ketepi.

Bagaimana Cakera Padat Di Baca?




CD dibaca dengan memusat laser semikonduktor jarak gelombang 780 nm melalui bawah lapisanpolikarbon.Perbezaan jarak antara lubang dan darat adalah satu per enam jarak gelombang cahaya laser, mendorong kepada perbezaan satu per tiga jarak gelombang fasa antara cahaya yang dipantulkan daripada lubang dan daripada darat sekitarnya.

Jarak gelombang dipilih sebagai tolak ansur yang baik antara isyarat jejak radial (sinaran) tolak-tarik dan isyarat bacaan-luar aperture (bukaan) penuh.

Gangguan mengurangkan kekuatan cahaya dipantul dibandingkan dengan apabila laser dipantulkan oleh hanya darat.

Kekuatan cahaya diukur dengan fotodiod

Cakera 74-minit (650MB) mempunyai sekitar 333,000 sektor sementara cakera 80 minit (700MB) mempunyai sekitar 360,000 sektor membenarkan simpanan lebih besar.

Versi 90 dan 99 minit mengikut tambahan logik yang sama menyumbat lebih banyak sektor tetapi mengurangkan daya harap sepanjang pemancu.

Lubang lebih dekat pada sebelah label cakera, dengan itu kecacatan dan kekotoran pada sebelah jernih boleh diherot semasa dimainkan.

Cakera lebih mudah dirosakkan dengan mencalar sebelah label, sementara calar disebelah jernih boleh dibaiki dengan mengisi calar dengan plastik yang mempunyai index pantulan (index of refraction) yang sama.

Panjang Track Dan Format Bunyi


Rajah diatas menunjukkan panjang track dari sebelah dalam sehingga ke sebelah luar.
Format Bunyi :
16-bit stereo pengekod modulasi kod-denyut (Pulse-code modulation - PCM) pada 44.1 kHz sampling rate.

Inovasi Pembetul Ralat

Pembetul ralat Reed-Solomon (Reed-Solomon error correction) membenarkan CD dicalar sehingga ke tahap tertentu dan masih boleh digunakan. Kod R-S untuk cakera padat adalah CIRC.

Grafik Land dan Pit



Keadaan normal Land dan Pit.













Keadaan Land dan Pit ketika dibaca oleh laser semikonduktor.

Sejarah Pembuatan Cakera Padat

Bermula pada tahun 1979, Philips dan Sony membuat kajian mencipta cakera padat. Ahli-ahli terkenalnya termasuk Joop Sinjou, Kees Immink, dan Toshi tada Doi.

Philips menyumbangkan proses pengilangan am, berdasarkan teknologi LaserDisc video, serta Pemodulatan Lapan-hingga-Empat Belas (EFM) yang menawarkan kedua-dua tempoh main yang panjang serta kebingkasan yang tinggi terhadap kerosakan pengelolaan cakera, seperti cakar dan cap jari.

Sony pula menyumbangkan Pengekodan Reed-Solomon Antara Lembaran Silang (CIRC), kaedah pembetulan ralat.

Cakera padat tiba di pasaran Asia pada lewat tahun 1982, dan pada awal tahun yang berikut di Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran yang lain.

Cakera-cakera padat pertama yang dijual merupakan 16 buah judul buatan Jepun daripada CBS/Sony.

Cakera padat pada asalnya dianggap sebagai suatu evolusi piring hitam, dan bukan terutamanya sebagai suatu media storan data.

Hanya kemudian bahawa konsep 'fail audio', bertumbuh untuk merangkumi penggunaan yang lain.

Sony dan Philips memperkenalkan CD-ROM (ingatan baca sahaja) pada bulan Jun 1985 dan CD-R (CD boleh rakam) pada tahun 1990

music...